27 March 2012

Mari Scan dan Muhasabah Diri

Bersambungan dengan entry mengenai BERSYUKUR, disini mari kita bersama-sama amalkan pesanan ini yang diutarakan oleh seorang ulama besar, Syeikh Abdul Kadir al-Jailani.

Beliau berpesan,

1) "Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik daripada mu. Ucapkanlah dalam hatimu, " Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan mulia."

2) "Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu, " Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepada-NYA. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku."

3) " Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu, "Dia telah beribadat kepada Allah jauh lebih lama daripadaku, tentu dia lebih baik dariku."

4) " Jika bertemu dengan orang berilmu, maka ucapkanlah dihatimu, " Orang ini memperoleh kirnia yang tidak akan kuperoleh, mencapai kedudukan yang tidak akan kucapai, mengetahui apa yang tidak aku ketahui dan mengamalkan ilmunya. Tentu dia lebih baik dariku."

5) "Jika bertemu dengan seseorang yang jahil, maka katakanlah di dalam hatimu, "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu) sedangkan aku bermaksiat kepada-NYA dan aku mengetahui akibatnya. Aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dari ku,"

6) "Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah di dalam hatimu, "Aku tidak tahu bagaimana keadaanya kelak, mungkin pada akhir usianya memeluk Islam dan beramal soleh. Mungkin boleh jadi pada akhir usiaku kufur dan berbuat buruk."

Keenam-enam pesanan ini boleh dijadikan teladan untuk kita memajukan diri. Aku ingin berusaha melakukan sebaik mungkin. Semoga kita semua sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah dan keberkatan-NYA. Amin

~ selamat beramal~ ( juga untuk diri aku , =))

No comments:

Post a Comment