27 March 2012

Bersyukur

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-NYA dan nikmat yang telah DIA berikan kepada ku, kamu dan awak semua.
Alhamdulillah.berbicara tentang nikmat Allah, sungguh banyak dan indah. Kita diberikan mata untuk melihat, tangan untuk bergerak dan kaki untuk berjalan. cuba bayangkan sekiranya salah satu nikmat itu ditarik, Allahuakbar ! Tiada la kuasa kita untuk menghalangnya. Allah itu Maha Berkuasa.
Oleh itu, sudahkah kamu dan awak semua sudah mengucapkan Alhamdulillah??

Satu cerita yang ingin saya kongsikan kepada rakan-rakan sekalian yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s. Pada suatu hari, seorang lelaki iaitu pengikut Nabi Musa yang miskin datang bertemu dengannya. Lelaki berkenaan mengadukan halnya kepada Nabi Musa.

"Wahai Musa, aku ni miskin. Aku mohon engkau tolonglah doakan kepada Allah agar memberikan aku kekayaan."

Nabi Musa hanya mendiamkan diri. Kemudian berkata kepada lelaki itu tadi.

" Hendaklah engkau bersyukur kepada Allah."

Kemudian, lelaki itu pulang ke rumah dengan rasa hampa. Tiada apa yang dia dapat daripada pertemuan dengan Nabi Musa itu tadi. Selepas itu, datang seorang lelaki yang juga pengikut Nabi Musa. Dia adlah seorang yang kaya. Mengadukan hal yang hampir smaa dengan lelaki miskin tadi.

" Wahai Musa. Aku ini kaya. Tapi, kadangkala kekayaan aku ini merimaskan. Jadi, aku mohon agar engkau doakan kepada Allah menjadikan aku miskin."

Nabi Musa hanya mendiamkan diri. Kemudian berkata :

" Hendaklah engkau tidak bersyukur kepada Allah."

Mendengar kata-kata Nabi Musa itu, lelaki itu tadi berkata:

" Bagaimana mungkin aku tidak bersyukur, sedangkan Allah telah memberikan aku tangan, kaki dang anggota badan. Aku tidak mahu jadi begitu."

Lelaki kaya itu kemudiaanya pulang ke rumah. Tiada apa yang dia dapat daripa pertemuaan dengan Nabi Musa. Namun, tahu apakah yang terjadi selepas itu?? Lelaki miskin itu terus dalam keadaan kemiskinan, Manakala, lelaki kaya tadi terus bertambah kekayaannya hanya kerana dia bersyukur atas nikmat Allah SWT berikan. Bagaimana dengan kita??  

Firman Allah SWT yang bermaksud :

" Dan ingatlah ketika TUHANmu memaklumkan, "Sesungguhnya, jika kamu bersyukur, nescaya AKU akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat-KU, maka pasti azab-KU amat berat."
surah Ibrahim : 7

 Cerita tersebut membuat aku merenung diriku sendiri. Menginsafi diriku yang kadang kala aku khilaf, tanpa aku sedari aku tidak bersyukur dengan nikmat Allah. Aku cemburu melihat kekayaan orang lain, padahal pada masa yg sama, apa yang aku ada adalah yang sudah cukup bagiku yang Allah berikan. Dia Maha Mengetahui. Apa yang Allah beri, itulah yang cukup untukku. Aku ingin selalu bersyukur dan terus bersyukur. Semoga aku diteguhkan iman ditetapakan hati.

No comments:

Post a Comment